Wednesday, May 19, 2010

Info Fishing Trip 2 (jadual baru)

Tarikh : 28 Mei 2010 (Jumaat)
Bertolak : Jam 5.00 petang dari Jeti Geting, Tumpat
Sewa bot : RM600

Senarai peserta.
  1. Mr.Presiden - penganjur
  2. Mr.Dalpoyee - pengurus bot
  3. Utz Rahim Lati - logistik
  4. Mr Zin MPV - persegaran
  5. Mr Fauzi Sri Cempaka - kenderaan
  6. Mr Shaharman Relief - peralatan
  7. Mr Fendi Emis 
  8. Mr Zamri Master
  9. Mr Zahari Bancok
  10. Mr Bahrudin Koperasi
  11. Utz Hasyim Bandung
  12. Mr Che Rani Kedondong
Sila jelaskan deposit RM60.00 dan tidak akan dipulangkan. tertakluk kepada terma dan syarat.

** PENDAFTARAN MASIH TERBUKA.

Fishing Trip 2

Sepatutnya ahli2 kelab delpoyee akan mengikuti fishing trip 2 jumaat ni.Kali ni memancing waktu malam, ramai ahli yg bersemangat dan beria2 utk menyertainya.Alhamdulillah sambutan cukup menggalakkan.Ramai yang tak pernah ke laut luas dan ingin menikmati "mabuk halal"????(ni istilah mr dalpoyee)..ooo ada juga mabuk halal yee!!!...malangnya cuaca tidak mengizinkan dan hasil risikan penganjur, kita dapati kawanan ikan belum lagi masuk kawasan , so penulis sebagai penganjur ekspedisi ni minta maaf banyak2 kerana terpaksa tunda program ni, bukan batal yee!!

InsyaAllah kita akan melakukannya minggu depan, harap peserta2 trip dapatkan kebenaran and restu isteri masing2.Penulis tak bertanggungjawab kalau ada yang kena tidur atas tangga....satu lagi pesanan penganjur...jaga tutur kata kita sebelum menyertai ekpedisi....bahaya maaaa.....

Saturday, May 15, 2010

16 MEI

Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik di seluruh negara yg telah memberikan perkhidmatan tanpa mengira lelah dan jemu.Penulis tidak dapat mengulas panjang, terlalu banyak yg bersarang didalam otak. Harapan penulis semoga guru bukan hanya " kaya dgn kenangan" sahaja, tapi mampu "kaya " dalam semua aspek bagi memertabatkan lagi profesion keguruan.

Hadiah Hari Guru Tahun ini dgn Tema "Guru Pembina Negara Bangsa" ;

1. PM berkata di Sibu, BN adalah rakan sejati warga pendidik Cina.
2. PM meluluskan RM18 juta kepada sekolah2 Cina di Sibu.
3. Lesen judi bola sepak Piala Dunia diberikan kepada BERJAYA (MAGNUM).

"Selamat Hari Guru......Cikgu......."

Wednesday, May 12, 2010

13 Mei

Tarikh keramat ini datang kembali.Menjadi titik tolak kepada kesedaran semula orang2 melayu yg leka dan ketinggalan dalam serba serbi.Saat kaum lain merancang mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi, kita disaat itu leka dengan keselesaan dn hiburan yg melekakan.Kini bibit2 itu kembali semula.Resah gelisah,kecewa dan hampa dgn generasi baru yg tidak ada kesedaran dan jatidiri yg kental,hanyut dalam kealpaan.

Peristiwa ini perlu diserapkan dalam jiwa generasi kini,mengerti erti kemerdekaan, jangan terus menjadi asing dan hamba di bumi sendiri,akhirnya jadilah melukut di tepi gantang, menang sorak kampung tergadai, akhirnya merempat dan mengemis di tanah air sendiri.Bangkitlah generasiku,semoga anak cucu nanti tidak akan menyalahkanmu dan kencing diatas kuburmu kelak.

Penulis yg mengalami pahit manis dan getir berada disaat dan diwaktu peristiwa tersebut amat hampa dengan kemelut generasi kini........Ya Allah selamatkanlah agama dan bangsaku...

Monday, May 10, 2010

Silaturahim

Bukan dikatakan penyambung tali silaturahim itu orang yg membalas kunjungan apabila dikunjungi, tetapi yg dikatakan penyambung tali silaturahim itu ialah orang yg apabila diputuskan silaturahim itu maka ia tetap menyambungnya.

Dari Abdullah bin Amru bin al-As r.a bahawa Nabi SAW bersabda; "Bukanlah orang yg menyambung (silaturahim) itu adalah orang yg membalas (kebaikan orang lain), akan tetapi penyambung itu adalah orang yg jika ada yg memutuskan hubungan ia menyambungnya" (Riwayat Imam Ahmad,Bukhari,Abu Daud,Tirmidzi dan an-Nasaie)

Hakikatnya, silaturahim sesama manusia itu ada kaitan langsung dengan hubungan hamba dengan TuhanNya, iaitu dengan menyambung silaturahim bererti menghubungkan diri dengan Allah.....

Terima Kaseh

Terima kaseh kpd teman2 yg mengunjungi blog ini dan yg terkunjung secara tidak sengaja.Sebenarnya blog ini lebih bersifat peribadi so kebetulan ada media ini utk penulis mencatatkan apa saja yg difikirkan sesuai dan boleh dititipkan disini.Sekurang2nya penulis dapat manfaat juga, dpt membaca dan menulis semula sesuatu yg telah lama ditinggalkan, namun kesibukan dan kekangan waktu membataskan aktiviti ini.

Sekiranya apa yg dipaparkan disini dapat memberi manfaat,Alhamdulillah, maka tidak sia2lah apa yg penulis lakukan, dan sekiranya ada sesuatu yg tidak kena dan terpesong maka tegur2kanlah..kerana itu kewajipan kita sesama Muslim seperti yg terkandung dalam Surah Al Asr...

Terima kaseh........

Friday, May 7, 2010

9 Mei

Penulis mengambil kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU" kpd semua yg bergelar IBU.Alhamdulillah bagi mereka yang masih mempunyai ibu,gunakanlah kesempatan ini utk menunjukan rasa kasih sayang dan terima kasih kpd ibu yg telah banyak berkorban.

Islam meletakkan kedudukan yg tertinggi bagi mereka yg bergelar ibu.Gunakan kedudukan ini utk menjadikan 'tangan yg menghayun buai mampu menggoncangkan  dunia'.Banyak kisah2 yg menggambarkan tentang keberkatan ibu, seharusnya menjadi ingatan dan pedoman.

Penulis pernah terbaca satu artikel, bahawa sebaik mana sekalipun yg kita lakukan terhadap ibu kita namun kita tidak mampu utk membalas segala jasa yg telah dicurahkan,kerana , ibu membesar dan berkorban dgn kasih sayang utk melihat kita hidup,tetapi kadang2 kita menjaga dan mengasuh ibu dengan timbul seribu satu pertanyaan bilakah tugas ini akan berakhir.

"Syurga di Telapak Kaki Ibu", semoga ibu penulis juga dirahmati Allah dan rohnya ditempatkan bersama2 orang yang soleh,amiin..